Sunday 25 August 2013

5 Senarai Sungai Terpanjang Di Dunia.



Hari ini penulis ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sungai-sungai yang terpanjang di dunia. mungkin ada di antara kita tidak pernah tahu mengenai maklumat seperti ini. Untuk menambahkan lagi pengetahuan kita semua maka penulis ingin berkongsi 5 senarai sungai terpanjang di dunia mengikut Kilometer dan lokasi di mana sungai-sungai itu terletak.

Penulis akan senaraikan senarai sungai bermula dengan sungai kelima terpanjang hinggalah kepada sungai yang memegang "ranking" No 1 terpanjang di dunia. Sungai dalam gambar di atas merupakan sungai paling panjang di dunia. Tahukah korang apakah sungai tersebut? kalau hendak tahu jawapannya sila scroll dan baca senarai sungai di bawah..


5. Sungai Ob Irtish : Russia, Kazakhstan, China, Mongolia : 5,568 Km


Sungai ini terbahagi kepada dua iaitu sungai Ob dan Sungai Irtish. Sungai Irtish merupakan sungai utama bagi sungai Ob. Terdapat beberapa anak sungai daripada sungai Ob. Sungai Ob dipercayai telah tercemar akibat penyelidikan senjata Russia dan sisa pengeluaran.

4. Sungai Mississippi/ Missouri : Amerika Utara : 5,969 Km



Sungai ini terletak di Amerika dan merupakan sungai ke-empat terpanjang di dunia. Sungai ini juga merupakan sungai kedua terpanjang di Amerika sungai ini bermula dari tasik Itaska di Minnesota dan kemuncaknya ialah di Teluk Mexico. Nama sungai Mississippi ini adalah berasal dari makna bahasa asli Amerika iaitu "Bapa Air" atau "Father of water"

3. Sungai Yangtze : China : 6,380 Km



Sungai Yangtze merupakan sungai yang terpanjang di China juga merupakan sungai yang terpanjang di Asia. Sungai ini merupakan sungai Ketiga tepanjang di dunia. Sungai ini juga menjadi sempadan selatan kebudayaan china purba yang terletak di antara Sungai Kuning di selatan dan Sungai Panjang di selatan

Sungai ini dikenali sebagai Sungai Yangtze (pinyin: Yangzi) kerana salah faham pendakwah pada mulanya.  Sungai Yangtze hanya merujuk kepada panjang hilir sungai, tetapi kerana ini adalah yang pertama didengar oleh Barat, Yangtze digunakan untuk mewakili seluruh Sungai Panjang.

2. Sungai Amazon : Amerika Selatan :6,516 Km





Sungai Amazon boleh dikatakan antara sungai yang paling terkenal dan sungai paling besar di atas muka bumi ini. Keluasan dan saiz Sungai Amazon dikatakan menyamai keluasan 10 sungai-sungai besar dan mempunyai lembangan sungai yang terbesar di dunia. Pada musim hujan pula, bahagian Amazon melebihi 190 kilometer (120 batu) lebar. Kerana dimensinya yang luas kadang-kadang ia juga dipanggil "The River Sea". Walaupun Sungai Amazon merupan sungai terbesar di dunia, ahli geografi berpendapat sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di dunia. Hanya sedikit pendek berbandinng sungai Nil.



1. Sungai Nil : Benua Afrika : 6,695 Km




Merupakan sungai terpanjang di bumi ini yang terletak di Benua Afrika. Sungai Nil mengalir sepanjang 6,695 Km merentasi 9 buah negara seperti Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan dan tentunya Mesir. Sungai Nil sangat penting kepada sejarah peradaban manusia sejak zaman Mesir Purba. Aliran sungai Nil mampu menghasilkan tanah yang subur untuk aktiviti perladangan dan tanam tanaman sejak ribuan tahun yang lalu



(Sumber : About.com)

Categories:

9 comments:

  1. oooo..sebelum ni mun xtahu pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mun.... hehe pasni banyak lg bnda yg mun akan tahu

      Delete
  2. luas betul sungai amazon tu. mesti banyak buaya. btw nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome... bukan setakat buaya, sungai ni la ada spesis ikan bernama Pirana tu

      Delete
  3. Nice entry.bertambah ilmu yang diperolehi :)

    ReplyDelete
  4. Terkenang waktu belajar Geografi dolu-dolu kehkehkeh..

    truskemata anda

    ReplyDelete
  5. menarik!!nice sharing...slm kenal...huhuh!!

    ReplyDelete
  6. Gud info bro. Slalunya kita diajar ttg sungai di malaysia shj. Apapun, sungai nil jugak yg paling panjang kan. Patutlah disebut-sebut dalam sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungai nil mmg sgt penting dalam tamadun Mesir purba

      Delete