Tentang Teguh Berdiri



Salam Pembuka Bicara

Idea cetusan penulisan blog ini datangnya apabila Dato Dr kamarudin meminta kami menulis dan menghantar assignment kami melalui blog. Dr kamarudin atau lebih mesra dikenali dengan Pak Din Atau Abah merupakan seorang pensyarang subjek "Business Ethic" di UNIKL Business School. Dari sini penulis mendapat ilham bahawa blog ini bukan semata-mata hanya bertujuan  untuk membuat assignment malah untuk rujukan penulis sendiri di masa akan datang dengan input-input yang berguna di dalamnya

Mengapa Teguh Berdiri?

Penulis pernah beberapa kali gagal dalam kehidupan suatu ketika dahulu. Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain.Tapi bagi penulis, ianya bukanlah satu halangan untuk penulis berjaya dalam kehidupan. Setiap insan ada kelebihan masing-masing.

Dengan jatuh dan gagalnya penulis, maka bukan bermakna penulis jatuh buat selama-lamanya. "Aku bangkit, bangkit berdiri dari kegagalan. Teguh berdiri Seteguh KLCC" hehe...

Mengapa Meneruskan Penulisan Blog?

Dengan nama dan domain blog yang sudah sedia ada maka penulis bercadang untuk menghasilkan entri-entri santai dan berkualiti malah boleh juga dijadikan rujukan dan perjalan hidup penulis. Penulis seringkali memikirkan dimana untuk membukukan pengalaman, pengetahuan dan ilmu yang penulis pelajari?. jadi dengan blog bolehlah penulis berkongsi sesutu dengan anda semua.

Cita-cita dan Harapan

Harapan penulis adalah agar penulisan blog ini dapat diteruskan tanpa ada halangan dan semoga ianya menjadi blog yang lebih meriah dengan sesuatu yang menarik di masa akan datang Insya Allah.~