Wednesday 21 August 2013

Fakta Mengenai Pengguna Internet



Pernahkah korang terfikir? Berapa ramaikan pengguna internet seluruh dunia? Selaku Pengguna internet sudah tentunya kadang-kadang kita tertanya-tanya mengenai fakta yang kita sendiri tak tahu. Tanya saja pada kawan anda sesiapa sahaja tua atau muda semuanya boleh dikatakan adalah pengguna internet. Boleh dikatakan kebanyakan rumah di Malaysia ni mempunyai jalur internet.

Internet adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dengan manusia pada zaman moden ini. Diangggarkan Populasi penduduk dunia kini sudah mencecah hampir 7 bilion orang. Ramai bukan,? dan 2 Bilion daripada angka tersebut merupakan pengguna internet.

Mari Kita Lihat Fakta Berikut :

  1. Dianggarkan hampir 2,405,518376 pengguna internet di seluruh dunia dan 70% daripada mereka adalah pengguna internet yang aktif setiap hari.
  2. Jumlah pengguna internet meningkat kepada 566% semenjak tahun 2000
  3. 37.3% daripada penduduk dunia adalah pengguna internet
  4. Bahasa Paling Banyak digunakan di internet (Top 5)

          i) Bahasa Inggeris - 536.6 Juta
         ii) Bahasa Mandarin - 444.9 Juta
         iii) Bahasa Sepanyol - 153.3 Juta
         iv) Bahasa Jepun - 99.1 Juta
         v) Bahasa portugis 82.5 Juta

       admin rasa, Bahasa Melayu pon banyak jugak digunakan di internet.5

5. Dianggarkan 8 orang pengguna internet baru setiap saat
6.  Top 3 web browser yang paling banyak digunakan :

    i) Chrome - 37.1%
    ii) Internet Explorer - 29.8% 
    iii) Mozilla Firefox - 21.3%

7 . Penggunaan gadget untuk akses internet meningkat dua kali ganda setahun.
8. 38% daripada Interaksi Media setiap hari adalah daripada Smartphone. 
9. Website paling kerap di kunjungi dalam tempoh sebulan

    i) Google - 188 Juta
    ii) Youtube - 157 Juta
    iii) Facebook - 148 Juta
    iv) Twitter - 88 Juta
    v) Yahoo - 85 Juta

10. 144 billion email dihantar setiap hari, 68.8% daripadanya adalah SPAM. Gmail merupakan "Email   Provider" yang paling popular dengan 425 Juta pengguna yang aktif.

11. Google adalah "Search Engine yang paling popular pada abad ini.

12. Pengguna Media Sosial memperuntukkan purata 3,2 jam sehari.

Begitulah sedikit sebanyak fakta mengenai pengguna internet daripada Teguh Berdiri ~ Sekian.




Categories:

1 comment: