Friday 23 August 2013

Fakta Sains Tentang Air



Air merupakan satu elemen yang sangat penting bagi kehidupan-kehidupan yang ada di atas muka bumi ini. Tanpa air bumi ini hanyalah sebuah planet yang tandus dan gersang. Kesemua kehidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk hidup. Sedar tak sedar, daripada sehalus-halus mikroorganisma hinggalah kepada makhluk sebesar gajah malah tumbuh-tumbuhan juga memerlukan air.

Air boleh jadi sumber kehidupan dan air juga boleh menjadi pembunuh kehidupan. Bahayanya air apabila ianya tercemar. Banyak kematian berlaku berpunca daripada air yang tercemar. Disini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak fakta sains mengenai air.

  1. Air terdiri daripada dua elemen iaitu hidrogen dan oksigen (H2O)
  2. Hebatnya air ialah apabila ia boleh wujud dalam 3 keadaaan iaitu Pepejal, Cecair dan Gas. Perkataan air itu sendiri merujuk kepada air yang wujud dalam bentuk cecair, dalam keadaan pepejal ianya dikenali sebagai ais dan gas dikenali sebagai wap air.
  3. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi.
  4. Air tulen tidak mempunyai bau dan rasa dan mempunya PH sekitar 7
  5. Air boleh membentuk apa sahaja mengikut bentuk bekas.
  6. Air membeku pada suhu 0° Celsius dan tersejat pada 100° Celsius. 
  7. Ais 9% lebih ringan daripada air, sebab itu ianya terapung di permukaan air.
  8. Secara purata 70% daripada badan manusia mengandungi air.
  9. 92% kandungan dalam darah adalah air.

Jika hendak dinyatakan semua maklumat dan fakta tentang air, belum tentu akan habis. Maka penulis memilih untuk memberikan info ini secara ringkas untuk dikongsi bersama. Di sesetengah negara air masih lagi menjadi isu yang hangat diperkatakan

Betapa air ini menjadi anugerah daripada Ilahi kepada kehidupan di mukan bumi ini. Banyak sungai Khususnya sungai-sungai di Malaysia telah tercemar dek kerana kerakusan manusia itu sendiri. Air yang mengandungi klorin adalah merbahaya dan tidak selamat tapi apa boleh buat kita tiada pilihan.

"Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air ZAM-ZAM, ianya mengenyangkan dan menyembuh penyakit." – (HR Bukhari dan Muslim)




Categories:

8 comments: