Thursday 29 August 2013

Fakta-fakta Menarik Tentang Bunyi



Assalamualaikum kepada pembaca Blog Penulis Berdiri. Sedang asyik berdiri disini Penulis terdengar bunyi-bunyian yang merdu daripa burung-burung yang berkicauan. Begitu sedap di dengar bunyinya itu, tiba-tiba penulis terfikir,bagaimana bunyi yang datang dari nun jauh disana dapat dikesan oleh penulis. Bagaimana bunyi itu boleh sampai? bagaimanakah ianya bergerak? dan apakah sebenarnya bunyi ni? dan bagaimanakah telinga kita menerima bunyi ini lalu diproses ke dalam otak kita dan mengatakan yang bunyi tu adalah bunyi burung.

Maka dengan itu tergeraklah hati penulis untuk menulis entry ini. Setelah melakukan sedikit kajian, maka penulis ingin menyatakan beberapa fakta tentang bunyi khas untuk pembaca Blog Penulis Berdiri ini. Sila duduk ye time baca, jangan nak excited macam penulis yang berdiri ni... hehe




Fakta-Fakta Tentang Bunyi

  1. Bunyi datang dari getaran atau boleh kata bunyi itu ialah getaran. Getaran ini bergerak melalui medium seperti udara dan air sebelum sampai ke telinga kita.
  2. Telinga kita bergetar dalam cara yang sama dengan sumber asal getaran yang membolehkan kita mendengar banyak bunyi yang berbeza.
  3. Anjing boleh mendengar bunyi pada frekuensi yang lebih tinggi dari manusia yang membolehkan mereka untuk mendengar bunyi-bunyi yang manusia tidak boleh.
  4. Kebanyakan haiwan menggunakan bunyi untuk mengesan bahaya dan bunyi memberi amaran kepada mereka mengenai serangan yang mungkin berlaku.
  5. Bunyi tidak boleh bergerak dalam ruang vakum. Penulis sendiri masig ingat tentang experiment yang pernah dibuat masa sekolah dulu mengenai vakum.
  6. Kelajuan bunyi adalah sekitar 1,230 Kilometer Sejam
  7. Bunyi bergerak 4x lebih pantas melalui air berbanding udara.
  8. Kajian saintifik gelombang bunyi dikenali sebagai akustik.
  9. Muzik digambarkan sebagai bunyi-bunyian yang menenangkan dan bermakna.
Itulah sedikit sebanyak info yang dapat penulis kongsi pada hari ini. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog penulis. :)

Categories:

8 comments:

  1. subhanaAllah, apabila dikaji semulakan, mngkin boleh berbalik pada asal iaitu sang pencipta kita AsSami'(Allah swt yg maha mendengar).. Inilah ciptaan Allah yang maha hebat. Tjuannya Adalah untuk memikirkan kebesarannya. subhanallah maha hebat ciptaan Allah ^_^ nice info, terima kasih...

    ReplyDelete
  2. info yang sangat menarik. nice sharing ^_^

    ReplyDelete
  3. patut orang cakap anjing boleh detect benda2 pelik kan >,<

    ReplyDelete
  4. Bunyi tidak boleh bergerak di dalam keadaan vakum tetapi mengapa banyak sound effect dalam Star Wars..sajer2 ngarut hihi :)

    Post terbaru Suka minum Coke? Anda patut tengok ini

    ReplyDelete
  5. Bunyi adalah mahluk yg mempunyai persamaan dengan angin...iaitu tidak dapat dilihat...am i right?...orang pekak tidak mampu mendengar bunyi...namun mereka mendengar melalui mata...Keadilan Tuhan Memenuhi segenap langit dan bumi...pengajarannya adalah Takutlah kepada yang MenCiptakan bunyi...kerana Dia yang MenCiptakan bunyi...

    ReplyDelete