• Kekal Setia Bersama Teguh Berdiri

Thursday 29 August 2013

Fakta-fakta Menarik Tentang Bunyi



Assalamualaikum kepada pembaca Blog Penulis Berdiri. Sedang asyik berdiri disini Penulis terdengar bunyi-bunyian yang merdu daripa burung-burung yang berkicauan. Begitu sedap di dengar bunyinya itu, tiba-tiba penulis terfikir,bagaimana bunyi yang datang dari nun jauh disana dapat dikesan oleh penulis. Bagaimana bunyi itu boleh sampai? bagaimanakah ianya bergerak? dan apakah sebenarnya bunyi ni? dan bagaimanakah telinga kita menerima bunyi ini lalu diproses ke dalam otak kita dan mengatakan yang bunyi tu adalah bunyi burung.

Maka dengan itu tergeraklah hati penulis untuk menulis entry ini. Setelah melakukan sedikit kajian, maka penulis ingin menyatakan beberapa fakta tentang bunyi khas untuk pembaca Blog Penulis Berdiri ini. Sila duduk ye time baca, jangan nak excited macam penulis yang berdiri ni... hehe




Fakta-Fakta Tentang Bunyi

  1. Bunyi datang dari getaran atau boleh kata bunyi itu ialah getaran. Getaran ini bergerak melalui medium seperti udara dan air sebelum sampai ke telinga kita.
  2. Telinga kita bergetar dalam cara yang sama dengan sumber asal getaran yang membolehkan kita mendengar banyak bunyi yang berbeza.
  3. Anjing boleh mendengar bunyi pada frekuensi yang lebih tinggi dari manusia yang membolehkan mereka untuk mendengar bunyi-bunyi yang manusia tidak boleh.
  4. Kebanyakan haiwan menggunakan bunyi untuk mengesan bahaya dan bunyi memberi amaran kepada mereka mengenai serangan yang mungkin berlaku.
  5. Bunyi tidak boleh bergerak dalam ruang vakum. Penulis sendiri masig ingat tentang experiment yang pernah dibuat masa sekolah dulu mengenai vakum.
  6. Kelajuan bunyi adalah sekitar 1,230 Kilometer Sejam
  7. Bunyi bergerak 4x lebih pantas melalui air berbanding udara.
  8. Kajian saintifik gelombang bunyi dikenali sebagai akustik.
  9. Muzik digambarkan sebagai bunyi-bunyian yang menenangkan dan bermakna.
Itulah sedikit sebanyak info yang dapat penulis kongsi pada hari ini. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog penulis. :)

Tuesday 27 August 2013

Kenali Spesies Harimau Belang


Tajuk entry kali ini adalah mengenai harimau. Harimau merupakan binatang yang penulis suka dan kagumi. Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Kita hanya tahu harimau di atas adalah harimau belang tetapi kita tidak pernah mengetahui jenis-jenis spesies yang ada dan di mana ia tinggal. Untuk yang tidak tahu, penulis akan tunjukkan kepada anda spesies-spesies harimau yang wujud di atas muka bumi ini.

Harimau saban hari makin diancam kepupusan. ada diantara spesis harimau tersebut telah pupus dan tidak lagi wujud di atas muka bumi ini. Harimau juga lebih dikenali dengan Pak Belang kerana belang-belang yang ada di badannya.

Terdapat 9 Subspesies harimau belang yang pernah wujud diatas muka bumi ini, 6 subspesies daripadanya masih wujud dan diancam kepupusan manakala 3 daripadanya telah pupus secara rasmi dari muka bumi ini. 

Senarai spesies yang masih wujud
  1. Harimau Siberia
  2. Harima Cina Selatan
  3. Harimau Indochina
  4. Harimau Benggala
  5. Harimau Sumatra
  6. Harimau Malaya
Senarai Spesis yang sudah pupus
  1. Harimau Bali
  2. Harimau Jawa
  3. Harimau Kaspia @ Harimau Parsi

Jom Kita Kenali Jenis Harimau Dengan Gambar-gambar dibawah.


1. Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae)




Ia dinamakan Harimau Sumatra kerana sepesies harimau ini hanya didapati di kepulauan Sumatra, Indonesia sahaja. Hari ini, spesies ini dianggarkan hanya tinggal dalam 400 hingga 500 ekor sahaja menurut kajian Perkhidmatan Hidupan Liar Amerika Syarikat. Harimau merupakan spesis kucing besar dan Harimau Sumatra pula adalah spesies yang paling kecil berbanding spesies harimau yang lain.

2. Harimau Benggala (Panthera tigris tigris)



Harimau ini dikenali sebagai Harimau Benggala Diraja. Spesies ini terdapat di India dan Bangladesh bahkan ia juga hidup di Nepal, Bhutan dan Burma. Merupakan spesies kedua terbesar berbanding spesies yang lain.



Ini merupakan Harimau Benggala Putih. Gambar ini diambil pada 17 Mac 2010. Ianya putih adalah disebabkan faktor genetik dan berlaku secara semulajadi hanya setiap 10,000 kelahiran.

3. Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti)



Harimau Indochina pada pandangan penulis ialah ia kelihatan memiliki jambang di pipi. Spesies ini dijumpai di Cambodia, Laos, Burma dan Thailand. Jalur yang ada pada badan harimau ini bertindak sebagai alat penyamaran bagi melindungi dirinya daripada dikesan oleh mangsa mereka.

4. Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni)


Ini merupakan spesies pasukan bola sepak harimau malaya. ops silap, hehe. Spesies ini dikenali sebagai subspesies yang berasingan dengan spesies Harimau Indochina pada tahun 2004. Walaupun agak sama, tapi ianya berbeza sedikit. Harimau Malaya bersaiz lebih kecil berbanding Harimau Indochina. Spesies ini hanya terdapat di Selatan Thai dan Semenanjung Malaysia.

5.  Harimau Siberia (Panthera tigris altaica)




Harimau ini dikenali sebagai Harimau Siberia, ia juga dikenali sebagai Harimau Amur dan merupan spesies yang terbesar dalam kalangan subspesiesnya. Harimau ini mendiami di Perimosky dan Khabarovski Krais di jauh di timur Russia. Berat harimau ini boleh mencapai hingga 300 Kg dan 3.3 meter panjang dari kepala hingga ke kaki. Gambar diatas menunjukkan gambar si kanak-kanak sedang bermain sorok-sorok.


6.  Harimau Cina Selatan (Panthera tigris amoyensis)




Harimau ini mendiami di tengah dan timur China. Spesies harimau ini adalah dalam bahaya dan hampir pupus. sekarang terdapat 47 harimau ini yang tinggal di 18 buah zoo di China. Dikatan jumlah spesies yang masih hidup dan tinggal adalah tidak diketahui. Bimbang-bimbang ianya akan pupus juga.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat penulis kongsi. Penat berdiri hari ini. Semoga maklumat dan info ini berguna dan bermanfaat buat anda semua.


( Sumber : Wikipedia )

Sunday 25 August 2013

5 Senarai Sungai Terpanjang Di Dunia.



Hari ini penulis ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sungai-sungai yang terpanjang di dunia. mungkin ada di antara kita tidak pernah tahu mengenai maklumat seperti ini. Untuk menambahkan lagi pengetahuan kita semua maka penulis ingin berkongsi 5 senarai sungai terpanjang di dunia mengikut Kilometer dan lokasi di mana sungai-sungai itu terletak.

Penulis akan senaraikan senarai sungai bermula dengan sungai kelima terpanjang hinggalah kepada sungai yang memegang "ranking" No 1 terpanjang di dunia. Sungai dalam gambar di atas merupakan sungai paling panjang di dunia. Tahukah korang apakah sungai tersebut? kalau hendak tahu jawapannya sila scroll dan baca senarai sungai di bawah..


5. Sungai Ob Irtish : Russia, Kazakhstan, China, Mongolia : 5,568 Km


Sungai ini terbahagi kepada dua iaitu sungai Ob dan Sungai Irtish. Sungai Irtish merupakan sungai utama bagi sungai Ob. Terdapat beberapa anak sungai daripada sungai Ob. Sungai Ob dipercayai telah tercemar akibat penyelidikan senjata Russia dan sisa pengeluaran.

4. Sungai Mississippi/ Missouri : Amerika Utara : 5,969 Km



Sungai ini terletak di Amerika dan merupakan sungai ke-empat terpanjang di dunia. Sungai ini juga merupakan sungai kedua terpanjang di Amerika sungai ini bermula dari tasik Itaska di Minnesota dan kemuncaknya ialah di Teluk Mexico. Nama sungai Mississippi ini adalah berasal dari makna bahasa asli Amerika iaitu "Bapa Air" atau "Father of water"

3. Sungai Yangtze : China : 6,380 Km



Sungai Yangtze merupakan sungai yang terpanjang di China juga merupakan sungai yang terpanjang di Asia. Sungai ini merupakan sungai Ketiga tepanjang di dunia. Sungai ini juga menjadi sempadan selatan kebudayaan china purba yang terletak di antara Sungai Kuning di selatan dan Sungai Panjang di selatan

Sungai ini dikenali sebagai Sungai Yangtze (pinyin: Yangzi) kerana salah faham pendakwah pada mulanya.  Sungai Yangtze hanya merujuk kepada panjang hilir sungai, tetapi kerana ini adalah yang pertama didengar oleh Barat, Yangtze digunakan untuk mewakili seluruh Sungai Panjang.

2. Sungai Amazon : Amerika Selatan :6,516 Km





Sungai Amazon boleh dikatakan antara sungai yang paling terkenal dan sungai paling besar di atas muka bumi ini. Keluasan dan saiz Sungai Amazon dikatakan menyamai keluasan 10 sungai-sungai besar dan mempunyai lembangan sungai yang terbesar di dunia. Pada musim hujan pula, bahagian Amazon melebihi 190 kilometer (120 batu) lebar. Kerana dimensinya yang luas kadang-kadang ia juga dipanggil "The River Sea". Walaupun Sungai Amazon merupan sungai terbesar di dunia, ahli geografi berpendapat sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di dunia. Hanya sedikit pendek berbandinng sungai Nil.



1. Sungai Nil : Benua Afrika : 6,695 Km




Merupakan sungai terpanjang di bumi ini yang terletak di Benua Afrika. Sungai Nil mengalir sepanjang 6,695 Km merentasi 9 buah negara seperti Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan dan tentunya Mesir. Sungai Nil sangat penting kepada sejarah peradaban manusia sejak zaman Mesir Purba. Aliran sungai Nil mampu menghasilkan tanah yang subur untuk aktiviti perladangan dan tanam tanaman sejak ribuan tahun yang lalu



(Sumber : About.com)

Friday 23 August 2013

Fakta Sains Tentang Air



Air merupakan satu elemen yang sangat penting bagi kehidupan-kehidupan yang ada di atas muka bumi ini. Tanpa air bumi ini hanyalah sebuah planet yang tandus dan gersang. Kesemua kehidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk hidup. Sedar tak sedar, daripada sehalus-halus mikroorganisma hinggalah kepada makhluk sebesar gajah malah tumbuh-tumbuhan juga memerlukan air.

Air boleh jadi sumber kehidupan dan air juga boleh menjadi pembunuh kehidupan. Bahayanya air apabila ianya tercemar. Banyak kematian berlaku berpunca daripada air yang tercemar. Disini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak fakta sains mengenai air.

  1. Air terdiri daripada dua elemen iaitu hidrogen dan oksigen (H2O)
  2. Hebatnya air ialah apabila ia boleh wujud dalam 3 keadaaan iaitu Pepejal, Cecair dan Gas. Perkataan air itu sendiri merujuk kepada air yang wujud dalam bentuk cecair, dalam keadaan pepejal ianya dikenali sebagai ais dan gas dikenali sebagai wap air.
  3. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi.
  4. Air tulen tidak mempunyai bau dan rasa dan mempunya PH sekitar 7
  5. Air boleh membentuk apa sahaja mengikut bentuk bekas.
  6. Air membeku pada suhu 0° Celsius dan tersejat pada 100° Celsius. 
  7. Ais 9% lebih ringan daripada air, sebab itu ianya terapung di permukaan air.
  8. Secara purata 70% daripada badan manusia mengandungi air.
  9. 92% kandungan dalam darah adalah air.

Jika hendak dinyatakan semua maklumat dan fakta tentang air, belum tentu akan habis. Maka penulis memilih untuk memberikan info ini secara ringkas untuk dikongsi bersama. Di sesetengah negara air masih lagi menjadi isu yang hangat diperkatakan

Betapa air ini menjadi anugerah daripada Ilahi kepada kehidupan di mukan bumi ini. Banyak sungai Khususnya sungai-sungai di Malaysia telah tercemar dek kerana kerakusan manusia itu sendiri. Air yang mengandungi klorin adalah merbahaya dan tidak selamat tapi apa boleh buat kita tiada pilihan.

"Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air ZAM-ZAM, ianya mengenyangkan dan menyembuh penyakit." – (HR Bukhari dan Muslim)




Thursday 22 August 2013

Cara Pendekkan Url Laman Web Anda

Assalamualaikum....

Tahukah korang, bagaimana untuk memendekkan url laman web korang dengan mudah? Mungkin kadang-kadang korang rasa rimas dengan URL website atau blog anda yang panjang. Mungkin juga ianya nampak serabut.

Pendekkan URL korang dengan mudah menggunakan Google URL Shortener supaya nampak lebih kemas dan teratur.




Contoh URL Panjanghttp://teguhberdiri.blogspot.com/2013/08/fakta-mengenai-pengguna-internet.html
                                  : http://friendfeed.com/mashable/b17ab777/flutter-mocks-you-me-and-our-                                               microblogging (nampak serabut bukan?)
Selepas Dipendekkanhttp://goo.gl/Hrjeo5

Nampak pendek dan sangat berkesan bukan? juga mudah di ingati dan mudah untuk dicatat di atas kertas. cara-caranya sangat mudah. tidak perlukan tutorial untuk mempelajari bagaimana untuk memendekkan URL. Kanak-kanak yang masih menyusu pon tahu.

Contoh Pemendek URL Yang Wujud.


  1. goo.gl
  2. bitly.com
  3. ow.ly
  4. rx.hu/









Wednesday 21 August 2013

Fakta Mengenai Pengguna Internet



Pernahkah korang terfikir? Berapa ramaikan pengguna internet seluruh dunia? Selaku Pengguna internet sudah tentunya kadang-kadang kita tertanya-tanya mengenai fakta yang kita sendiri tak tahu. Tanya saja pada kawan anda sesiapa sahaja tua atau muda semuanya boleh dikatakan adalah pengguna internet. Boleh dikatakan kebanyakan rumah di Malaysia ni mempunyai jalur internet.

Internet adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dengan manusia pada zaman moden ini. Diangggarkan Populasi penduduk dunia kini sudah mencecah hampir 7 bilion orang. Ramai bukan,? dan 2 Bilion daripada angka tersebut merupakan pengguna internet.

Mari Kita Lihat Fakta Berikut :

  1. Dianggarkan hampir 2,405,518376 pengguna internet di seluruh dunia dan 70% daripada mereka adalah pengguna internet yang aktif setiap hari.
  2. Jumlah pengguna internet meningkat kepada 566% semenjak tahun 2000
  3. 37.3% daripada penduduk dunia adalah pengguna internet
  4. Bahasa Paling Banyak digunakan di internet (Top 5)

          i) Bahasa Inggeris - 536.6 Juta
         ii) Bahasa Mandarin - 444.9 Juta
         iii) Bahasa Sepanyol - 153.3 Juta
         iv) Bahasa Jepun - 99.1 Juta
         v) Bahasa portugis 82.5 Juta

       admin rasa, Bahasa Melayu pon banyak jugak digunakan di internet.5

5. Dianggarkan 8 orang pengguna internet baru setiap saat
6.  Top 3 web browser yang paling banyak digunakan :

    i) Chrome - 37.1%
    ii) Internet Explorer - 29.8% 
    iii) Mozilla Firefox - 21.3%

7 . Penggunaan gadget untuk akses internet meningkat dua kali ganda setahun.
8. 38% daripada Interaksi Media setiap hari adalah daripada Smartphone. 
9. Website paling kerap di kunjungi dalam tempoh sebulan

    i) Google - 188 Juta
    ii) Youtube - 157 Juta
    iii) Facebook - 148 Juta
    iv) Twitter - 88 Juta
    v) Yahoo - 85 Juta

10. 144 billion email dihantar setiap hari, 68.8% daripadanya adalah SPAM. Gmail merupakan "Email   Provider" yang paling popular dengan 425 Juta pengguna yang aktif.

11. Google adalah "Search Engine yang paling popular pada abad ini.

12. Pengguna Media Sosial memperuntukkan purata 3,2 jam sehari.

Begitulah sedikit sebanyak fakta mengenai pengguna internet daripada Teguh Berdiri ~ Sekian.




Wednesday 27 February 2013

Oh Selipar Durianku




Ehem Assalamualaikum semua.

Bermulalah langkah pertama bebelan aku untuk blog Teguh Berdiri ni. Kenapa Teguh Berdiri? sebab aku nak blog ni teguh berdiri walau ribut dan petir melanda ceewah.

Jadi apa yang nak aku cerita ni sebenarnya? x da apa pon, just nak share selipar durian ni je. Kalo berminat order la kat aku.

Oh Ye! jangan la segan-segan nak singgah Website Niaga aku ye kawan-kawan. Walaupun ianya masih tak perfect. aku harap ianya akan jadi gah dan terkenal. mudah-mudahan lah, amin....

ni ha link nye : www.clubniaga.com